berita

‘Apa-Apa Boleh Jadi.. Sampai Ajal..’ – Noh Salleh Beri Hint Berhenti Dari Dunia Muzik?

March 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kumpulan Hujan merupakan sebuah kumpulan muzik popular tanah air yang sentiasa mendapat perhatian peminat muzik di Malaysia. Vokalis kumpulan itu, Noh Salleh yang juga merupakan suami kepada penyanyi Mizz Nina umpama memberi bayangan bakal menamatkan kariernya dalam dunia muzik.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia mengatakan bahawa berkemungkinan persembahannya di Melaka merupakan persembahan yang terakhir buat dirinya bersama kumpulan Hujan. Dia turut meminta sesiapa yang ada memberi hutang kepadanya agar menghubungi dirinya untuk menuntut bayaran.

Mungkin itu last show aku

Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang-sorang. Apa-apa boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam-macam lagi kemungkinan. Biar semua orang tau, I had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih, semua nya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik keluarga. Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab, dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak, sementara aku hidup ni kalau ada hutang yg aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment. Thankyou so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side.

Noh menjelaskan bahawa apa jua kemungkinan boleh terjadi pada diri seseorang. Ajal maut semua di tangan Tuhan. Dia telah berjaya menghiburkan peminat dalam industri muzik tanah air selama hampir 15 tahun. Dia turut memohon maaf atas keterlanjuran kata dan segala kekasaran selama ini.

Terima kasih atas segalanya

Peminat-peminatnya turut bersedih jika bayangan untuk berhenti dari membuat persembahan itu benar-benar dimaksudkan oleh Noh. Mereka turut mendoakan agar Noh dapat meneruskan perjuangan dalam seni muzik.

Sumber: Noh Salleh

SKIP THIS AD ×