berita

‘Apa Dibangga Dengan Anugerah Oscar?’ – PU Syed

March 14th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kelahiran anak Ipoh, perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik malalui filem Everything Everywhere All At Once pada malam berprestij Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).

Artikel Berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh

Artikel Berkaitan: Tak Jadikan Usia Sebagai Penghalang, Michelle Yeoh Kekal Aktif Raih Kejayaan

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Dinobat Ikon Tahun 2022 Majalah Time

Kenapa kena bangga?

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Pencetus Ummah PU Syed mempersoalkan mengapa ramai yang perlu bangga dengan kejayaan yang tidak memberi manfaat kepada urusan agama.

Apa dibangga dengan Anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?

Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermafaat kepada urusan agama. Biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu tidak kepada yang beriman!

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi daripada netizen yang dapat dilihat mengenai persoalan PU Syed terhadap kemenangan Michelle Yeoh. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang bersetuju dengan perkara tersebut.

Sumber: Instagram @pusyed_official

SKIP THIS AD ×