berita

‘Apa Hak Korang Doakan Kecelakaan Kami?’ – Wanita Malaysia Terkandas Di Wuhan Luah Kecewa

January 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi Harian Metro, seorang wanita warga Malaysia dilaporkan terkandas di Wuhan akibat virus yang melanda negara tersebut sejak minggu lalu. Menurutnya, dia diarahkan untuk berkurung di rumah ekoran dari semua penerbangan ke negara itu telah disekat.

Lebih menyedihkan apabila segelintir rakyat Malaysia memberi komen provokosi kepada wanita ini dengan menyuruh agar wanita ini tidak menyebarkan virus di Malaysia dan terus menetap disana. Tidak tahan menerima kritikan ramai, wanita ini tampil pertahankan diri.

Dikritik orang ramai

Melalui perkongsian dari Facebook Berita Harian, ramai yang mengecam wanita ini dengan mengeluarkan kata-kata kurang baik sehingga menyebabkan dia tampil menjelaskan situasi sebenar.

Mengucap panjang. Aku orang yg dimaksudkan dalam cerita ni. Aku ISLAM. Suami aku MUALAF. Kami datang sini untuk jenguk keluarga blah suami. Walaupun suami mualaf, tapi hubungannya dengan family tetap kekal sebagai family. Jadi setahun sekali akan pulang untuk jenguk keluarga. Dan lagi CNY takda kena mengena dengan isu agama. Takda sembah apa-apa.

Takda bacaan pelik apa-apa. Sama macam perayaan kita. Hanya makan makan dan ziarah sanak saudara. Kami plan balik china beberapa bulan awal dan sesudah sampai disini baru isu virus ni jadi makin serious. So persoalan, apa hak korang sebagai manusia mendoakan kecelakaan kepada manusia yg lain? Jangan sampai kena ke diri sendiri ya. Mulut doa bukan-bukan untuk orang. Silap-silap kami di China sihat walafiat, korang yang mulut puaka yang kena virus.

Menurut wanita ini yang dikenali sebagai Nur Iqhlima Zhang, dia ke daerah Wuhan kerana melawat keluarga suaminya. Walaupun suaminya mualaf, dia tetap menjenguk keluarga untuk merapatkan silaturahim. Malah dia turut menyambut perayaan seperti biasa dan tidak makan makanan yang haram. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tahun ini virus merebak secara tiba-tiba.

Dikritik orang ramai

InsyaAllah saya tak bawak balik virus. Sebab hari-hari saya berdoa mintak diri ini dilindungi dari segala musibah. Allah Maha Berkuasa. Saya jaga diri sebaik mungkin kat sini. Kalau awak taknak kena jangkit, saya lagilah taknak. Jadi mulut jangan jahat sangat tau, takut kat sini alhamdulillah sihat, awak yang kat sana pulak yang terkena. Mulut jaga-jaga yer.

Tambahan, dia sering jaga diri ketika berada di sana dan berharap agar orang ramai mendoakan dirinya dan bukan bercakap perkara buruk. Apa apa pun kami doakan agar Ima ini dipermudahkan urusan.

Sumber : Harian Metro, Nur Iqhlima Zhang

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×