Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang individu yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya.

Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Mahu Kekal Imej Berserban – ‘Benteng Untuk Tidak Melakukan Perkara Tak Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwah Nafi Tunggang Isu Merisik Jaden & Rania – ‘Surat Cinta Itu Tanda Saya Hargai Hubungan Jarak Jauh Mereka’

‘Tak ada adab, sangat kurang ajar

Menerusi hantaran di Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 29, menegaskan dia tidak pernah mengganggu kehidupan individu tersebut dan menyifatkan perbuatannya sudah melampui batas.

Assalamualaikum @fauzantalib, saya tak pernah kacau hidup awak. Tolong jangan kacau hidup saya. Dah lama saya mendiamkan diri.

Tetapi komen ini melampau. Apa makna awak kata ‘Toron’? Apa yang awak nak sampaikan? Tak ada adab, sangat kurang ajar.

Permohonan maaf secara terbuka

Dalam pada itu, Ojen memaklumkan, peguam yang mewakilinya sudah menghubungi individu tersebut dan memberi tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tegas usahawan itu, sekiranya tiada sebarang permohonan maaf dibuat, dia akan mengambil tindakan undang-undang demi membela maruahnya.

Peguam saya dah cari awak melalui DM Instagram. Sila bukak DM, dalam masa 24 jam jika tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat, kami akan mengambil tindakan undang-undang.

Menulis bukan main lagi ya awak. Awak dah dapat apa yang awak nak kan? Sila bukak DM sekarang! Jangan cari fasal. Kurang ajar punya manusia. Tak ada adab langsung. Saya bukan macam awak.

Selalu saya tak respon benda macam ini. Tapi saya ada maruah, semuanya dah di screenshot. Bukti dah ada bersama peguam.

Sila buat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam atau kita akan straight to legal. Dalam Malaysia kita ada undang-undang. Sila bagi kerjasama! Terima kasih.

Sumber: Threads