Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah mengakui pemakaian serban bukan sekadar gaya atau simbol identiti, sebaliknya menjadi benteng utama untuk dirinya menjauhi perkara tidak baik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwah Nafi Tunggang Isu Merisik Jaden & Rania – ‘Surat Cinta Itu Tanda Saya Hargai Hubungan Jarak Jauh Mereka’

Benteng dari buat jahat

Ojen atau nama sebenar, Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 29, berkata, sejak mengenakan serban, dia lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan pertuturan.

Ada hikmahnya apabila saya memakai serban, ini menjadi benteng untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik.

Kalau nak buat sesuatu yang tidak baik, saya akan cakap dalam hati ‘ingat yang aku ini pakai serban’. Contoh macam nak maki hamun orang, saya tak jadi nak maki.

Ojen menambah, niat untuk mengenakan serban timbul sejak kali pertama menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu. Pengalaman ketika di Tanah Suci memberi kesan mendalam dan membuatkan dia selesa dengan penampilan itu.

Apa yang menggerakkan hati untuk pakai serban adalah ketika melakukan umrah pertama saya beberapa tahun lalu.

Sewaktu mengerjakan ibadah umrah itu, saya rasa macam seronok memakai serban. Jadi, sepanjang tempoh umrah itu saya berserban.

Ketika itu saya masih baharu lagi, jadinya lilitan serban tidak begitu kemas. Kalau tengok gambar lama saya akan cakap ‘kenapa lah aku lilit macam itu’.

Serban ini juga menjadi ‘trademark’ untuk saya, dari jauh sepuluh batu orang dah boleh kenal pasti itu ialah saya. Rezeki juga mencurah-curah selepas saya memakai serban.

Tambah Ojen, pemakaian serban bukan bermaksud seseorang itu alim, namun baginya ia satu bentuk usaha kecil untuk mendekatkan diri kepada kebaikan.

Pakai serban bukan bermaksud diri itu betul-betul alim, tapi serban adalah pakaian harian masyarkat arab. Selain ikut sunnah, elak daripada berbuat jahat. Insya-Allah imej ini akan kekal selamanya, doakan saya.

Undi Ojen

Dalam perkembangan lain, Ojen tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online.

Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.