berita

‘Apa Nasib Mahasiswa Yang Telah Bayar Deposit?’ – Syed Saddiq

October 3rd, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi kemasukan pelajar pengajian tinggi yang bakal dibuka tidak lama lagi. KPT mencadangkan kepada semua institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan pendaftaran pelajar menerusi dalam talian termasuk aspek pengajian dan pembelajaran.

Ekoran daripada itu, Presiden MUDA iaitu Syed Saddiq menyifatkan keputusan yang dibuat KPT adalah membebankan mahasiswa yang sudah bersedia untuk meneruskan pengajian dan terjejas atas beberapa faktor yang lain. Di mana kebanyakan mereka sudah membayar deposit sewa rumah dan sudah membeli tiket untuk kembali ke kolej.

Penangguhan pendaftaran

KPT menangguhkan segala aktiviti pengajian dan pembelajaran ekoran dari peningkatan kes positif Covid-19 saban hari. Peningkatan kes tersebut secara tidak langsung memberi kebimbangan kepada tenaga pengajar dan mahasiswa. Keputusan penangguhan itu dibuat adalah demi menjaga kesejahteraan pelajar dan staf akademik semua.

Selain itu, KPT juga telah berkerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan bagi para pelajar yang telah membeli tiket ke IPT masing-masing.

Tak boleh lupakan kebajikan mereka

https://www.instagram.com/p/CF1mSFGFGJ6/

Susulan daripada kenyataan yang dibuat KPT itu, Syed Saddiq mengenang akan nasib pelajar dari Sabah dan Sarawak yang telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke IPT masing-masing, atau mereka yang telah membuat bayaran deposit rumah sewa. Perkara tersebut bakal memberi kesan kepada semua pelajar dan berdepan dengan kerugian yang tidak seharusnya.

Keselamatan mahasiswa harus diutamakan tetapi ia tidak menghalalkan U-turn demi U-turn yang membebankan kebajikan mahasiswa. Apa nasib mahasiswa dari Sabah dan Sarawak. Apa nasib mahasiswa yang telah bayar deposit rumah, yang telah bayar tiket bas, bayar tol.

Datang, tiba-tiba perlu pulang semula. Mereka wajib mendapat pembelaan yang sewajarnya dan mendapat pampasan, compensation must be adequate. Kita tak boleh lupakan kebajikan mereka. Kerana kegagalan kita, kita bertanggungjawab untuk memberikan pampasan dan compensation kepada mahasiswa yang terjejas kerana U-turn baru ini.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×