
Selebriti media sosial, Ameera Khan meluahkan rasa syukur atas segala memori yang tercipta sepanjang tahun 2025.
Artikel Berkaitan: Saling ‘Unfollow’ Di Instagram, Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Lagi?
Artikel Berkaitan: Neelofa Enggan Ulas Lanjut Hubungan Ameera Khan & Jefri Nichol – ‘Saya Simpan Komen Untuk Diri Sendiri’
Minta hormat, beri privasi
Menerusi hantaran di Instagram Story, adik kepada usahawan Noor Neelofa ini menyifatkan penutupan sesuatu bab dalam hidupnya bukanlah satu perkara yang buruk, sebaliknya membawa kebaikan kepada dirinya.
Tahun lepas merupakan tahun yang baik. Secara jujurnya, saya sangat bersyukur dengan insan-insan yang menjadi sebahagian daripadanya dan juga untuk babak-babak (kehidupan) yang telah berakhir secara diam-diam.
Kadangkala apabila sesuatu perkara itu berakhir, ia tidak semestinya bermaksud perkara buruk. Kadangkala ia adalah untuk kebaikan dan alhamdulillah, itulah yang berlaku kepada saya.
Dalam hantaran yang sama, Ameera meluahkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai terhadap dirinya.
Namun dia juga memohon agar semua pihak menghormati privasinya tanpa perlu membuat sebarang spekulasi atau menuding jari kepada mana-mana individu.
Buat mereka yang menghubungi saya, saya tahu anda melakukannya atas dasar kasih sayang dan saya menghargai setiap daripada anda.
Namun, apa yang saya minta untuk masa hadapan adalah hormat, hormat yang sama seperti yang saya tunjukkan kepada mereka yang pernah ada dalam hidup saya, mereka yang sudah tiada, dan mereka yang masih ada di sini hari ini.
Tiada istilah salah-menyalah, tiada berpihak, dan tiada cerita untuk menuding jari kepada sesiapa.
Tambah Ameera, apa yang dipamerkan di media sosial hanyalah sebahagian kecil daripada realiti sebenar kehidupannya.
Apa yang kebanyakan orang lihat hanyalah sebahagian kecil daripada realiti saya. Hakikatnya, hanya mereka yang paling rapat dengan saya sahaja tahu apa yang perlu saya lalui, dan hanya saya sendiri yang benar-benar faham betapa sukarnya perjalanan itu.
Sama seperti anda sahaja yang tahu apa yang anda lalui dan bagaimana rasanya, bukan?
Saya berdoa agar 2026 akan menjadi tahun yang terbaik buat semua. Selamat tahun baharu.
Sumber: Instagram Ameera Khan