
Perhubungan cinta antara personaliti media sosial, Ameera Khan bersama pelakon Indonesia Jefri Nichol sekali lagi menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Neelofa Enggan Ulas Lanjut Hubungan Ameera Khan & Jefri Nichol – ‘Saya Simpan Komen Untuk Diri Sendiri’
Artikel Berkaitan: Bahu Terkehel Ketika Bertarung, Jefri Nichol Akur Tewas Kepada El Rumi Dalam Tempoh 38 Saat
Hubungan berakhir?
Menerusi tinjauan OhBulan!, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan dan kekasihnya itu didapati tidak lagi mengikuti akaun Instagram (IG) masing-masing.
Selain itu, foto mereka juga tidak lagi kelihatan pada laman media sosial tersebut.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan diberikan oleh Ameera mahupun Jefri mengenai hubungan mereka.
Komen netizen
Sementara itu, perkara berkenaan turut disedari oleh segelintir warganet di laman Threads hingga meninggalkan tanda tanya mengenai hubungan mereka.
LMK (panggilan nama Ameera) sudah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah padam.
Saya baru sahaja stalk IG LMK dan tengok sudah tiada gambar dengan Jefri.
Dekat highlights pun sudah tak ada (gambar).
Terdahulu, Ameera Khan dan Jefri pernah menyulam cinta namun hubungan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di lG.
Bagaimanapun, cinta Ameera dan Jefri bertaut kembali sekitar Mac tahun lalu dan semenjak itu mereka menjadi antara bualan hangat warganet.
Kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial setelah mengakui serius menjalani hubungan istimewa.
Sumber: IG Jefri Nichol, IG Ameera Khan & Threads