berita

‘Apa Perasaan Jika Orang Rogol Adik Perempuan Kamu?’

October 31st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Remaja Rogol Kenalan Bawah Umur

Foto: Harian Metro

Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku bersalah merogol kenalannya yang masih di bawah umur sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di Johor.

Artikel Berkaitan: Bapa Mengaku Salah Rogol Anak, Hakim Menangis Jatuhkan Hukuman – ‘Kamu Sepatutnya Jadi Wira Dalam Keluarga’

Hakim beri nasihat

Remaja Rogol Kenalan Bawah Umur

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang bernama Muhammad Irfan Mohamad Farid, 18 didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah pada 22 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berasal dari Klang, Selangor difahamkan datang ke rumah tertuduh dengan menaiki bas selepas hanya sebulan berkenalan melalui media sosial.

Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol ketika bermalam di rumah suspek.

Ketika memutuskan hukuman, Hakim Abu Bakar Manat sempat menitipkan nasihat buat suspek supaya tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut di masa yang akan datang.

Kamu ada adik perempuan, apa perasaan kamu jika orang lain buat (rogol) perkara sama padanya? Apa perasaan kamu sebagai abang?

Kalau tak nak benda tak baik berlaku pada keluarga kita, jangan sesekali kita buat pada orang lain? Hukuman ini bukanlah pengakhiran tapi pengajaran pada kamu kelak.

Mahkamah kemudiannya memutuskan remaja itu dihukum penjara selam lima tahun bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 24 Oktober beserta tiga sebatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×