berita

‘Apa Saja Yang Terbaik Buat Puteri Sarah & Anak-Anak’ – Diana Danielle

January 18th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan Puteri Sarah Liyana memfailkan penceraian terhadap pengarah, Syamsul Yusof pada Isnin menarik perhatian pelakon Diana Danielle yang merupakan rakan baik.

Artikel Berkaitan: Pernah Dipukul Bekas Kekasih, Diana Danielle Cedera Di Belakang Tengkuk

Mana ada wanita nak bercerai

Memetik laporan Harian Metro, Diana, 32, menegaskan tidak ada wanita yang ingin bergelar janda sekiranya tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Dan kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu berkenaan, namun sebagai wanita semestinya kita memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini.

Sokong tindakan

Dalam pada itu, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson menyatakan Puteri Sarah sudah melakukan yang terbaik bagi mempertahankan rumah tangganya yang bakal memasuki tahun kesembilan.

Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh menjangka pengakhiran kita dalam apa jua keadaan. Kita hanya mampu memberikan yang terbaik dan Puteri Sarah juga sudah melakukan sebaik mungkin buat keluarganya.

Jadi kita hanya menyokong apa saja tindakan yang diambil. Apa saja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya.

Pada Isnin lalu, Puteri Sarah memfailkan penceraian selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×