berita

‘Apa Saya Jangka Dua Tahun Lalu Telah Terjadi’ – Isu Coronavirus, TMJ Buka Mulut Tempelak Kerajaan

January 27th, 2020 | by faris
Kini Trending

Panas dengan isu coronavirus yang turut melanda negara ketika ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengulas mengenai cara pengendalian virus ini oleh pihak kerajaan. Kritikan itu dibuatnya menerusi laman sosial, pada malam Ahad.

Telah suarakan isu 2 tahun lalu

TMJ membalas satu tweet pengguna Twitter yang mengadu kepada baginda mengenai kerajaan yang didakwa kurang cekap mengendalikan isu berkenaan. Menurutnya, dia sudah menegur beberapa isu sebelum ini namun digesa rakyat untuk tidak masuk campur.

Apa yang saya kata dua tahun lalu? Satu demi satu isu. Ekonomi, agama, ketegangan kaum, dasar yang tidak stabil dan tidak konsisten, kos sara hidup meningkat dan sekarang penjagaan kesihatan.

Dulu apabila bersuara, digesa oleh rakyat jangan masuk campur hal pentadbiran kerajaan dan politik. Sekarang?

Sanggup dicaci demi rakyat

Baginda turut meminta supaya kerajaan supaya tidak menunggu sehingga keadaan bertambah teruk dan selalu mendengar pandangan rakyat.

Dalam satu pos di Facebook pula, TMJ turut meluahkan bagaimana beliau telah dicaci maki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat Malaysia, namun telah disuruh menutup mulut.

Dua tahun yang lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi telah dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan.

Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara. Tetapi saya telah disuruh berdiam diri.

Dan hari ini apabila negara dilanda pelbagai krisis, anda semua menyeru kepada saya untuk melakukan sesuatu. Allah S.W.T Maha Kaya, Maha Esa, Maha Adil dan Maha Berkuasa. Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan pada dua tahun lalu telah terjadi pada hari ini.

Sumber: Facebook, Twitter TMJ

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.