Pelakon, Alya Iman enggan mengulas lanjut tentang hubungannya bersama seorang jejaka selepas secara terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Berkawan Dengan Dia, Tiada Apa-Apa Hubungan’ – Alya Iman

Artikel Berkaitan: Pihak Pengurusan Nafi Dakwaan Alya Iman Punca Pasangan Artis Cerai, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Enggan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata pada ketika ini dia memilih untuk berkongsi secara berlebihan kerana mahu menjaga privasi.

Malah, Alya turut mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan identiti jejaka tersebut dalam masa terdekat.

Apa yang saya boleh cakap, apa yang kalian nampak tu itulah dia. Doakan yang terbaik saja.

Kita cakap pasal karier dululah. Bagi saya, saya cuba untuk menjaga privasi saya sebaik mungkin.

Saya percaya dengan perancangan yang ditetapkan Allah SWT. Apa yang terbaik tulah dia.

Ketika ditanya sama ada pendedahan itu dibuat untuk menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan Yusuf Bahrin, Alya menjelaskan bahawa perkongsian itu hanyalah untuk momen peribadi.

Apa yang saya kongsi di media sosial bukan nak buktikan yang saya tidak bersalah dan membela diri.

Saya hanya sekadar berkongsi apa yangsaya rasai pada saat itu.

Terdahulu, Alya dilihat berkongsi gambar memaparkan dirinya mengenakan pakaian sedodon bersama seorang jejaka pada hari raya pertama.