berita

‘Apa Yang Saya Cakap Bukan Fitnah!’ – Isteri Ammar Alfian Nafi Menipu, Dedah Sikap Suami

May 23rd, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara pelakon Ammar Alfian dan Nelissa Nezam masih menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Terdahulu, isteri kepada pelakon Paskal ini telah memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen seakan memberi bayangan kepada jalan perpisahan mereka berdua.

Ammar Alfian didakwa berlaku curang setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan dalam keadaan isterinya hamil 6 bulan. Walaupun, perkara itu dinafikan Ammar, namun, hal ini telah mengundang ketidakpuasan hati Nelissa sehingga terpaksa diluahkan di Instagramnya.

‘Is this a joke?’

Menerusi IG Story akaun Nelissa mendapati dia memberi respon terhadap sebuah kenyataan dakwaan curang dalam rumah tangganya itu adalah fitnah. Bagaimanapun, Nelissa menyifatkan kenyataan Ammar adalah sebuah perkara yang telah dimanupulasi kebenarannya.

Tambahnya, dia tidak terkejut dengan berita kecurangan suaminya itu jika dilihat kepada kisah silamnya. Malah, dia juga tidak akan ambil mudah terhadap perkara ini yang akan melibatkan masa depannya.

‘Stop playing the victim’

Nelissa turut menyifatkan Ammar tidak sepatutnya putar belit kenyataan sehingga menampakkan Nelissa adalah punca dan penipu dalam kes ini. Tambah Nelissa lagi, dia tidak perlu kemaafan dari Ammar sebaliknya pelakon lelaki itu perlu risau untuk mengampunkan kesalahan dirinya sendiri. Nelissa juga memberi pesanan untuk Ammar berhenti berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

Perbualan mesej Nelissa dan Ammar

Nelissa turut berkongsi perbualan peribadi antara dirinya dengan Ammar melalui WhatsApp mengenai pengakuan Ammar. Suaminya itu telah cuba untuk memberi penjelasan berkaitan orang ketiga yang didakwa menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga mereka.

‘Don’t ask me anything’

Nelissa juga yakin kebenaran terhadap masalah rumah tangganya ini akan berpihak kepadanya dan dia menyarankan kepada sesiapa supaya tidak lagi bertanyakan mengenai hal rumah tangganya itu.

Sumber: Nelissanezam