berita

‘Apabila Allah Beri Hidayah, Hargailah..’ – Adam Corrie Kongsi Tips Istiqamah

February 7th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Masih hangat diperkatakan isu seorang pelakon wanita telah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertudung lagi. Bagaimanapun, tindakan dari pelakon itu telah mendapat pelbagai reaksi dari golongan pendakwah dan barisan selebriti termasuk Adam Corrie.

Pelakon KL Gangster itu dalam perkongsiannya di Instagram turut kongsi cara dan tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah. Inshaallah, boleh dijadikan panduan buat kita semua.

Hargailah ia sebaik mungkin

Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

“Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”

Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat)

Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul. Pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita ke buat perkara yang tidak elok.

Tak mengapa..  itu lumrah untuk kita

Pelakon Cina Muslim, Adam Corrie mengakui bukan mudah untuk terus beristiqamah dan berbuat baik. Adam Corrie juga menasihati, jika seseorang itu sudah menerima hidayah sepatutnya hargailah ia sebaik mungkin.

Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. Kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.

Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus yang dari hati.

senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang..

Sumber: Adam Corrie

SKIP THIS AD ×