
Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee menasihatkan pasangan yang berkahwin untuk mendiami rumah sendiri daripada tinggal bersama ibu bapa dan keluarga mentua.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk Saya, Ibu Bapa Tidak Pernah Salah’ – Aqil Zulkiflee Kecewa Disalahkan Kerana Roblox?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Rai Anak Cecah Umur Sebulan Atas Rumah Bot, Netizen Seloroh – ‘Kalau Setahun Mungkin Atas Awan’
Duduk rumah sendiri
Menerusi muat naik di Threads, Aqil menekankan kepentingan privasi bagi pasangan suami isteri selepas berkahwin.
Katanya, tinggal bersama keluarga mentua boleh menimbulkan masalah walaupun pasangan itu mempunyai niat yang baik.
Susah macam mana sekali pun, kalau dah kahwin seeloknya usahakan untuk tinggal asing dengan keluarga mentua.
Privasi untuk suami dan isteri tu penting ya.
Bila dah kahwin, hanya kita dan pasangan sahaja. Bila ada orang lain dalam rumah, buat la baik macam mana pun, mesti akan ada masalah.
Emosi pasangan kena jaga.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Aqil.
Segelintir netizen turut menceritakan pengalaman mereka apabila tinggal bersama ibu bapa dan juga keluarga mentua.
Komen netizen
Sumber: Threads