berita

Ara Johari Perlahan-Lahan Sesuaikan Diri Dengan Imej Berhijab – ‘Saya Masih Berusaha, Doakan Yang Baik’

March 19th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi, Ara Johari dilihat sudah mula memuat naik fotonya mengenakan hijab di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Ara Johari Trauma Dicium Peminat, Polis Berjaya Tahan Suspek

‘Doakan yang baik buat saya’

Ketika ditemui OhBulan!, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari mengakui bahawa dirinya kini sedang perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan imej berhijab.

Tambah Ara, imej bertudung itu juga bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia serta beberapa majlis berbuka puasa yang banyak dihadirinya.

Saya bertudung kerana menghormati majlis dan saya merasakan bertudung sesuai dengan majlis yang dihadiri, tapi nak cakap saya bertudung sepenuhnya, saya tak berani lagi.

Jadi, doakan yang baik-baik buat saya. Saya juga masih mencuba memakai tudung dengan menghadiri beberapa acara yang dihadiri. Jujurnya, saya masih berusaha.

Ara berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa jenama pakaian HeetamPuteh bersama anak-anak jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang diadakan di Dewan Perkahwinan Lanai Asmara, Shaftsbury Square, Putrajaya.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Bunga’ ini meluahkan rasa syukur kerana perubahan yang cuba dilakukannya ini mendapat respon yang positif daripada orang ramai.

Alhamdulillah, ramai mendoakan dan saya taklah cakap saya tidak selesa. kerana memang saya selesa bertudung. Jadi, insya-Allah mungkin saya terus bertudung, tapi semua itu tak tahu lagi.

Niat sudah ada, tapi tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Disebabkan itu, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apa yang boleh saya cakap doakan baik-baik.

SKIP THIS AD ×