Penyanyi Ara Johari mendedahkan dia terpaksa membuat laporan polis kerana menerima gangguan seksual daripada seorang peminat lelaki yang tidak dikenali yang bertindak mencium tangannya.
Artikel Berkaitan: Terganggu Dengan Jeritan Anak Jiran, Ara Johari Lapor Pada Pegawai Keselamatan – ‘Teruk Sangat Pulak Kau Pukul Anak Kau’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Macam Askar Jepun’ – Sut ‘Unik’ Berseluar Pendek Ara Johari Jadi Bualan Netizen
Tangan digenggam & dicium
Menurut penjelasan Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari di Instagram Story, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 malam di Nilai, Negeri sembilan selepas dia membuat persembahan pada malam Ahad.
Saya ingatkan dia datang dekat saya nak ‘fist bumps’, jadi saya pun bagilah ‘fist bumps’ juga. Tapi dia terus tarik tangan saya nak salam dan genggam kuat lalu cium tangan saya dua kali.
Bukan cium biasa, memang cium bersungguh! Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia pegang tangan saya begitu kuat.
Susulan itu, Ara bertindak menjerit dan berlaku insiden kejar mengejar lelaki tersebut sehingga dia berjaya ditahan oleh pihak polis.
Saya jerit dan panggil pembantu peribadi saya dan ada beberapa orang awam yang kejar dia, akhirnya dia dapat ditangkap. Polis pun datang dengan pantas dan bawa dia ke balai.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun itu juga mengingatkan agar kaum wanita terutamanya selebriti untuk lebih berhati-hati dengan orang sekeliling.
Kalau ya pun minat dan fanatik dengan artis, janganlah melampaui batas.
Suspek dibawa ke balai
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, pihaknya ada menerima laporan daripada penyanyi tersebut.
Polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 26 tahun yang juga seorang penyanyi menyatakan kejadian berlaku ketika pengadu berada di bilik tetamu khas di belakang pentas dekat Dataran Nilai.
Susulan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat mencabul kehormatan.
Suspek seorang lelaki warga tempatan yang tidak mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban dan permohonan reman diluluskan selama tiga hari mulai hari ini (Isnin).
Sumber: Instagram Ara Johari, Harian Metro