Pelakon, Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan ‘Global Sumud Flotilla’ bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat tertindas di Gaza dilaporkan sudah kembali sihat selepas mengalami masalah kesihatan beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Sebak, Mohon Maaf Jika Tak Dapat Teruskan Misi Akibat Masalah Kesihatan

Artikel Berkaitan: ’Baru Tahu Isteri Kena Drip Air, Kuat Bertahan Ya’ – Nadzmi Adhwa

Ardell kembali bersemangat

Berita gembira itu dikongsikan Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Menerusi hantaran dibuat, Musa memuat naik foto memaparkan Ardell yang kelihatan begitu bersemangat kerana dapat meneruskan misi kemanusiaan bersama aktivis yang lain.

Dia (Ardell) menjadi antara sosok yang paling mencuri tumpuan dalam misi kali ini.

Ada yang meremehkan. Katanya Kak Ardell lemah, tidak layak sertai misi ini kerana tak cukup fit.

Hari ini, Kak Ardell kembali ke botnya selepas beberapa hari berehat di bot lain.

Kembali dalam keadaan penuh semangat!

Berkeras nak teruskan misi

Berkongsi lanjut, Musa memaklumkan bahawa Ardell mendapat nasihat untuk pulang dan tidak meneruskan ekspedisi tersebut.

Walau bagaimanapun, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa berkeras mahu meneruskan bagi menyampaikan bantuan kepada saudara Islam di Gaza.

Bahkan masa diuji dengan demam, dia masih berusaha untuk jalankan tugasannya di atas kapal.

Malah ketika doktor menyarankan agar dia pulang, berkali-kali dia hubungi saya dan sebut, ‘Saya masih boleh bertahan, saya nak teruskan sampai ke bumi G.’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat keadaan terkini Ardell dan menitipkan doa agar segala urusan mereka yang terlibat dipermudah.

Terdahulu, suami kepada Ardell iaitu Nadzmi memaklumkan isterinya berada dalam keadaan tidak sihat dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan.

Menurut Nadzmi, Ardell tidak memberitahu perkara itu kemungkinan tidak mahu keluarganya yang jauh risau dengan keadaannya.

Sumber: IG Musa Nuwayri, IG iyliabqs