![[VIDEO] Ardell Aryana Sebak, Mohon Maaf Jika Tak Dapat Teruskan Misi Akibat Masalah Kesihatan](https://asset.ohbulan.com/2025/09/ArdellMohonMaafKalauTakDapatTerukanMisi-1.jpg)
Pelakon, Ardell Aryana tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kemungkinan dirinya tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Artikel Berkaitan: ’Baru Tahu Isteri Kena Drip Air, Kuat Bertahan Ya’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Dedah Anak Usia 5 Tahun Mimpi Syurga Sebelum Berangkat Misi Kemanusiaan GSF
Maaf kalau tak dapat teruskan
Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang dimuat naik @yanayuki2, Ardell atau nama lengkapnya Nurul Hidayah Mohd Amin dilihat menangis sambil memohon maaf jika terpaksa menarik diri dari misi kemanusiaan tersebut.
Mungkin saya tak sampai ke sana walaupun dalam lebih kurang enam hari saja lagi nak sampai.
Apa-apa pun kita serah kepada perancangan Allah. Saya harap korang doakan saya.
Kalau Allah kata kesihatan saya memang tak mengizinkan, saya harap korang terus ‘support’ kawan-kawan saya.
Dalam masa yang sama, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa memohon orang ramai untuk tidak berhenti dari memberikan sokongan buat semua aktivis yang terlibat.
Jangan berhenti bersuara mengenai misi keamanan tanpa senjata ini serta untuk saudara kita di Gaza.
Kita hanya mampu merancang tapi Allah sebaik-baik perancang.
Korang doakan yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan saya.
Terdahulu, suami kepada Ardell iaitu Nadzmi memaklumkan isterinya berada dalam keadaan tidak sihat dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan.
Menurut Nadzmi, Ardell tidak memberitahu perkara itu kemungkinan tidak mahu keluarganya yang jauh risau dengan keadaannya.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

