
Penyanyi, Hasif Upin terpanggil untuk berkongsi pengalamannya susulan isu rakan seindustri, Ariff Bahran yang meluahkan rasa kecewa apabila ditawarkan bayaran kurang lumayan bagi menjayakan persembahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Nak Makan Apa?’ – Ariff Bahran Dedah Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu
Tak kisah dibayar berapa

Menerusi hantaran di TikTok, Hasif atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Sharuddin, 33, mendedahkan dia sendiri pernah menerima bayaran serendah RM100 untuk menyanyi, namun tetap menerimanya dengan hati terbuka.
Saya ini tidak kisah jika mahu dibayar berapa sekali pun. Saya juga pernah ditawarkan RM100 untuk menyanyi. Saya terima.
Ada juga beberapa acara yang bayarannya tidak seberapa tetapi saya okay dan terima. Saya tahu sebab saya biasa-biasa sahaja.
Macam Ariff Bahran okay lagi terima RM1,400 untuk dua lagu, saya pernah dibayar RM500 untuk tiga buah lagu. Ketika itu zaman saya sudah masuk AJL38.
Menurut Hasif lagi, jumlah bayaran bukan keutamaan baginya, kerana yang lebih penting adalah kepuasan dapat menyanyi dan menghiburkan orang ramai.
Saya lebih kepada bersyukur kerana ada juga yang panggil saya untuk membuat persembahan. Saya percaya rezeki datang daripada Allah. Saya punya impian adalah hanya mahu menyanyi dan menghiburkan orang.
Terdahulu, Ariff meluahkan rasa kecewa apabila ditawarkan bayaran sebanyak RM1,400 bagi menjayakan persembahan dan diminta menyampaikan sebanyak dua buah lagu.
Ariff berkata, jumlah yang ditawarkan tidak masuk akal sekali gus membuatkannya sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.
Sumber: TikTok






