
Penyanyi Ariff Bahran menepis kenyataan Isa Khan yang menyifatkan solat sunat sebagai ibadah sia-sia jika tidak mengutamakan solat fardhu.
Artikel Berkaitan: ‘Sewa Kereta Mewah Untuk Balik Kampung Masa Raya?’ – Ariff Bahran Label Sebagai ‘Cringe’
Artikel Berkaitan: ‘Kebanyakan Baju Raya Perempuan Di Malaysia Semua Tak Senonoh’ – Isa Khan
Solat sunat
Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, Isa Khan, 33, meluahkan pandangannya mengenai ibadah solat sunat tarawih yang dibuat kebanyakan umat Islam pada bulan Ramadan.
Kalau kau solat tarawih tapi tak solat 5 waktu, solat tarawih kau tak berguna dan tak di terima.
Walaupun kau buat 20 rakaat. Buat penat saja.
Bagaimanapun, ciapan itu meraih perhatian pelantun lagu Bicara Rasa yang membetulkan kenyataan Isa Khan agar tidak mengelirukan.
Menurut Ariff, tidak salah bagi mana-mana individu untuk melakukan solat tarawih malah ianya mungkin menjadi permulaan yang baik untuk memperbaiki solat fardhu.
Maaf menyelit. Solat tarawah itu adalah permulaan dan boleh membantu mereka untuk jadi lebih baik.
Macam-macam cara tuhan sediakan jalan untuk kita ke arah kebaikan.
Cepat atau lambat, Insya-Allah 5 waktu pun akan jadi mudah untuk mereka.
Sumber: Threads @ariffbahran