Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ariff Peter menegur sikap segelintir ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai ‘retirement plan’ atau pelan persaraan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Berang Pempengaruh Minta Makan Percuma, Siap Bawa Keluarga – ‘Khairul Aming Pun Bayar’

Artikel Berkaitan: Lelaki Trauma Tengok Video Guru Pukul Murid, Dakwa Pernah Kena Belasah Sampai Lunyai – ‘Sanggup Sogok 50 Ringgit’

Pelan persaraan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ariff meluahkan rasa berang terhadap sikap ibu bapa yang membebankan anak-anak dengan hutang atau jumlah duit yang perlu diberi setiap bulan.

Tambah Ariff, ibu bapa sepatutnya memahami keadaan anak yang baru mulakan kehidupan pada ekonomi kini.

Rupanya ramai ibu bapa hari ini yang jadikan anak-anak sebagai retirement plan. Sebagai contoh, anak-anak baru dapat kerja, ibu bapa dah tetapkan berapa anak perlu beri pada mereka setiap bulan.

Kadang-kadang kekerapan meminta itu, seolah-olah anak kau pemilik stesen minyak.

Padahal realitinya, anak itu ramai yang kerja sebagai juruwang, kerani atau kerja-kerja biasa. Belum lagi yang gunakan nama anak untuk buat pinjaman.

Anak kau baru saja nak mulakan hidup, terpaksa menanggung hutang untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, Ariff turut menegur ibu bapa yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menimbulkan rasa serba salah terhadap anak-anak.

Golongan macam ini kalau anak-anak tak mampu nak bagi jumlah yang diminta, mulalah jadi toksik.

Habis semua benda diungkit. Label anak tak kenang budi, anak derhaka. Tak habis-habis nak gunakan agama untuk buatkan anak jadi serba salah.

Mereka tak pernah mintak dilahirkan di dunia. Kau yang merancang anak-anak, kena lah tahu tanggungjawab.

Kalau tak boleh mewariskan kekayaan, mewariskan harta pada anak-anak, jangan lah wariskan kemiskinan.

Sumber: TikTok @AriffPeter