berita

Lelaki Trauma Tengok Video Guru Pukul Murid, Dakwa Pernah Kena Belasah Sampai Lunyai – ‘Sanggup Sogok 50 Ringgit’

December 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ariff peter

Seorang pemuda, Ariff Peter yang pernah tular kerana berhutang lebih RM 1 juta, mengakui turut terkesan dengan tindakan guru besar yang didakwa telah memukul kepala seorang murid lelaki dalam satu majlis rasmi di sebuah sekolah baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:‘Pukul Ikut Suka & Maki Hamun, Budak Bukan Makin Elok’ – Rita Rudaini Selar Guru Besar Tunjal Kepala Murid

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda Berjaya Selesaikan Hutang Lebih RM1 Juta Kongsi Amalan Doa – ‘Masa Berdoa Tak Pakai Aku Kau’

Derita menjadi seorang pelajar

ariff peter

Gambar sekadar hiasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ariff atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut mendakwa bahawa dia pernah dibelasah teruk oleh guru sehingga trauma.

Bila tengok viral cikgu lempang dan tendang murid aku jadi trauma sebab aku hampir mati dulu sebab cikgu ni.

Masa aku umur sembilan tahun aku kena belasah dengan cikgu ni sampai lunyai dengan besi kayu, hempap badan aku dengan meja. Dah nyawa-nyawa ikan.

Bercerita lanjut, Arif turut mendakwa pihak sekolah pernah menawarkan wang untuk menutup mulut supaya tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa.

Sekolah tu sanggup sogok aku RM50 supaya tak laporkan kepada mak, ayah aku dan pihak polis. Takut cemar nama baik sekolah dan bila aku laporkan, polis ambil tindakan. Semua palau aku dari murid sampai ke cikgu.

Ekoran kejadian itu, kesihatan mental Ariff terjejas sehingga perlu mendapatkan rawatan psikiatri di hospital.

Setahun dekat hospital, seumur hidup kena bergantung ubat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib malang menimpa pemuda itu selain ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Bagaimanapun, mereka tetap mengagumi ketabahannya dalam menghadapi setiap ujian dari kecil sehingga dewasa.

Besar ujian awak dari kecil sampai dah besar, semoga ada hikmah besar Allah nak bagi untuk awak

Penuh berliku hidup ini ya, kamu orang yang kuat.

Sumber: TikTok Ariff Peter

SKIP THIS AD ×