berita

Arja Lee Teringin Nak Nyanyi Lagu Ciptaan Aina Abdul – ‘Berapa Dia Caj, Saya Sedia Bayar’

December 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Arja Lee

Pelakon Arja Lee mendedahkan dirinya ada memasang impian untuk menyanyikan lagu ciptaan penyanyi dan komposer Aina Abdul.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Menangis Imbau Kenangan 4 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam – ‘Saya Hijabis Nyanyi Di Tempat Yang Sajikan Alkohol’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Tak Suka Saya Jadi Penyanyi, Tapi Lepas Ayah Meninggal Dia Berubah 360 Darjah’ – Aina Abdul

Lagu Aina Abdul

Arja Lee

Ketika ditemui OhBulan, Arja menyifatkan Aina sebagai figura yang memiliki bakat besar dalam menghasilkan karya hebat.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 40, turut akui meminati penyanyi berusia 30 tahun itu.

Saya mempunyai hajat dan minta tolong sampaikan hajat ini kepada Aina Abdul. Saya mahu sangat dia buatkan lagu untuk saya.

Pada pandangan saya Aina seorang penyanyi yang sangat bijak dan kaya dengan ilmu, meskipun dia masih baharu. Saya peminat dia dan ikut perkembangan dia di Instagram.

Saya melihat dia sangat kental, dia tahu dia tidak berapa comel, jadinya dia menggunakan makanisme serta komponen lain untuk tunjukkan bakat sebenarnya.

Saya jatuh hati dengan karya dan liriknya, dia penyanyi yang memiliki jiwa yang besar.

Dalam masa sama, Arja berkata dia bersedia membayar sekiranya Aina meletakkan caj pada karya yang diciptanya.

Saya ingin menyanyikan lagu dia dan ingin buktikan keupayaan suara saya. Berapa pun dia caj, saya sedia untuk membayar. Tolong ciptakan lagu untuk saya.

Saya tak pernah berjumpa dia. Saya tak tahu macam mana nak aturkan perjumpaan dengannya.

Kalau genre sudah pasti saya mahu lagu balada dan lagu paling saya minat Jangan Mati Rasa Itu.

Arja berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sayu Yang Syukur yang diadakan di GSC, Starling Mall, Damansara pada Rabu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai filem tersebut, Arja berkata ia sebagai buah tangan baharu buat peminatnya selepas sekian lama dia mendiamkan diri.

Agak lama saya berdiam diri disebabkan beberapa perkara termasuk melanjutkan pelajaran dan menjadi tenaga pengajar.

Kini saya kembali ke industri dengan filem yang saya lakonkan 8 tahun lalu. Hadiah buat peminat.

Selain Arja, Sayu Yang Syukur turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Nora Danish, AR Badul, Kismah Johar, Fairie Khalil dan ramai lagi.

Sementara itu, Aaron turut bertindak selaku pengarah filem yang menelan belanja sebanyak RM1.2 juta itu.

Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Disember 2023.

SKIP THIS AD ×