berita

[VIDEO] Aina Abdul Menangis Imbau Kenangan 4 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam – ‘Saya Hijabis Nyanyi Di Tempat Yang Sajikan Alkohol’

December 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer Aina Abdul gagal menahan air mata apabila mengenang kembali kisah hidupnya menyanyi di kelab malam selama empat tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Tak Suka Saya Jadi Penyanyi, Tapi Lepas Ayah Meninggal Dia Berubah 360 Darjah’ – Aina Abdul

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

‘Seronok menyanyi di kelab’

Aina Abdul

Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Aina berkata dia nekad untuk meninggalkan tempat tersebut selepas terkesan dengan kata-kata seorang individu.

Jelas Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, kata-kata individu terbabit membuatkan dia bangkit dan ingin mengembangkan lagi bakatnya.

Dalam empat tahun juga saya menyanyi di kelab untuk cari duit. Setiap minggu saya akan menyanyi di sekitar Bukit Bintang, Changkat, restoran dan beberapa tempat.

Ketika itu ada beberapa orang industri yang datang tengok show saya dan dia kata ‘sayang la kau nyanyi dekat sini, siapa yang nak tengok?’. Ayat itu membangunkan saya.

Ibarat satu tamparan hebat dalam hidup saya. Mungkin kerana saya sudah selesa dengan kehidupan saya ketika itu sebagai seorang penyanyi kelab malam.

Kalau tanya saya jujur, adakah menyanyi di kelab seronok? Saya akan kata itu adalah momen terbahagia dalam hidup. Sebab dalam kelab tiada seorang pun yang menilai saya.

Dalam temu bual sama, pemenang dua kali vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu itu berkata, dia tidak akan melupakan kenangan sepanjang menyanyi di kelab malam serta orang-orang yang menghargai bakatnya.

Bayangkan saya berhijab dan menyanyi di dalam kelab yang menyajikan minuman alkohol. Ikut logik itu bukan tempat yang sesuai untuk wanita berhijab buat menyanyi.

Tetapi orang yang mengundang saya menyanyi mereka tidak kisah tentang personaliti saya, mereka kisah tentang bakat saya, alhamdulillah itu peluang.

Saya rasa dihargai dan tidak langsung dinilai. Dari situ juga saya mencari diri yang sebenar dan terlahirlah Aina Abdul. The real Aina Abdul sebenarnya lahir ketika dia menyanyi di kelab malam.

Dengan nasihat beberapa orang yang suruh saya keluar dari situasi itu dan akhirnya saya nak keluar. Bukan kerana saya tidak suka, tetapi saya agak letih.

Dengan umur yang semakin meningkat, saya kata perlu buat sesuatu. Cari rezeki yang lebih luas di luar.

Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama Aina Abdul? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi OhBulan!

Dalam perkembangan terkini, Aina berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Video

SKIP THIS AD ×