berita

‘Artis Lain Tayang Dada & Nampak Seluar Dalam, Dapat Pujian Netizen’ – Baby Shima

October 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Baby Shima tetap akan menjadi diri sendiri dan berkongsi apa sahaja yang diinginkan di media sosial biarpun sering menjadi ‘mangsa’ netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Di Sini Ramai Tak Suka’ – Baby Shima Pulang Ke Indonesia

Saya enjoy

Ketika ditemui OhBulan!, Baby Shima, 30, menafikan dia sengaja berkongsi konten yang boleh mengundang kecaman di platform miliknya.

Bagi saya, laman sosial saya ini akan buat apa saja yang saya suka. Macam saya suka menari, jadi saya menari saja. Saya rasa, saya menari macam biasa saja tapi orang lain kecam.

Jadi bila muncul banyak kecaman itu, orang lain pun turut serta kecam. Dari situ saya tak pernah nak create apa-apa hanya untuk mengundang kecaman. Sebab saya enjoy dengan apa yang saya buat.

Baby Shima ditemui ketika majlis pra tonton dan sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul Biko di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.

Selain Baby Shima, filem arahan Teng Bee yang akan ditayangkan pada 13 Oktober depan juga dibarisi oleh pelakon Azrel Ismail, Sara Ali dan Syed Irfan.

Artis lain tayang dapat pujian

Dalam pada itu, pelantun lagu Lalai menegaskan dia tidak pernah menayang punggung dan lurah dada kepada umum.

Namun, pemilik nama Nor Ashima Ramli menyedari apabila ada segelintir selebriti lain yang ‘belanja’ tetapi mendapat pujian.

Saya ada perasan juga beberapa orang artis yang pakai lebih seksi daripada saya… tayang dada, punggung dan tayang sampai nampak seluar dalam, tapi segelintir netizen ‘wah you slay’.

Saya yang tak pernah tayang lurah dada, punggung tapi maki hamun dengan perkataan kesat. Tapi tak apa, saya okay dan masih bersabar.

Sebelum ini, setiap perkongsian Baby Shima di laman sosialnya pasti mengundang kecaman netizen terutama video atau fotonya yang kelihatan seksi.

Sumber: Instagram @babyshimaofficial

SKIP THIS AD ×