

Seorang agamawan yang juga merupakan ahli akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi membuat satu teguran menerusi hantaran di Facebooknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilot Kagum Dengan Ilmu Ustaz Azhar Idrus, Jawab Soalan Mengenai Nahas Pesawat Azerbaijan & Jeju Air
Jangan normalisasikan maksiat
Menerusi perkongsian yang dibuat, Dr Ahmad Sanusi memperingatkan orang ramai supaya tidak menormalisasikan perkara maksiat serta perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Menurut Sanusi, kelakuan yang tidak boleh dilakukan pasangan bukan mahram seperti bertepuk tampar adalah dilarang dan tidak molek jika ianya dibiasakan.
Apatah lagi bila kelakuan itu dilakukan oleh seseorang yang dikenali ramai.
Bagi yang belum berkahwin, janganlah pula kita menormalisasikan perkara yang dilarang oleh Allah.
Bertepuk tampar sesama pasangan yang belum mempunyai sebarang hubungan yang sah adalah dicegah dalam Islam.
Apatah lagi sekiranya yang melakukan itu merupakan seorang yang dikenali ramai, namun dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah.
Menerusi perkongsian yang sama, Sanusi turut berkongsi satu hadis riwayat al- Tabrani yang menekankan isu tersebut.
Rasulullah memberikan amaran yang keras kepada pasangan yang bercinta namun mereka seronok berpegangan tangan.
Sabda Rasulullah, ‘Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya’.
Di akhir perkongsian, Sanusi memaklumkan bahawa perkara ini perlu diambil perhatian kerana sekiranya perbuatan itu diikuti oleh anak muda yang lain, maka individu tersebut akan menanggung dosa.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang dibuat Sanusi.
Sumber: Facebook








