Di Instagram, pelakon, Janna Nick, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua netizen dan peminatnya. Menurut Janna, dia ingin mulakan tahun 2021 dengan perkara positif dan bukannya negatif. Terbaik!
Bodoh gaduh dengan netizen
Saya buat video ni untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ni dan semua yang sakit hati dengan Janna Nick. Kita mulakan tahun 2021 dengan negatif. Gaduh dengan netizen. Bodoh gila gaduh dengan netizen. Bila drama I dimainkan di televisyen, you guys yang trendingkan drama tu. Korang suka. Tapi, aku gaduh dengan peminat dan orang yang sokong aku. At the end, korang yang support aku.
Janna tak nak gaduh dengan korang. Tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Artis orang biasa juga, saya buat salah. Saya minta maaf. Saya harap semua maafkan saya. Saya cuma nak start tahun ni dengan sesuatu yang positif.
Menerusi video berdurasi 2:16 saat, Janna meluahkan rasa bersalah dan ingin memohon maaf kepada semua individu yang tidak suka dengannya. Tambahnya, dia ingin memulakan sesuatu yang positif bagi tahun ini walaupun telah terjadi beberapa isu negatif. Ujar Janna lagi, netizen tetap memberi sokongan terhadap kariernya walaupun dia sering bergaduh dengan netizen.
Tak ada beza artis dan orang biasa
View this post on Instagram
Saya mohon maaf daripada semua seandainya saya ada mengguris perasaan sesiapa. Saya sedar akan kekhilafan saya dan saya sedar siapa lah saya tanpa sokongan anda. So thank you for supporting my work and appreciating it despite my behavior… thank you from the bottom of my heart. It means the world to me.
Rata-rata netizen memberikan pujian buat Janna kerana membuat permohonan maaf secara terbuka. Lebih mencuri tumpuan, teman lelaki Janna iaitu Dini turut meninggalkan komen tahniah buat kekasih hatinya itu.
Sumber: Janna Nick