berita

‘Arwah Suami Syak Saya Hamil Tapi Nak Tunggu Gaji Baru Nak Pergi Scan’

October 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati seorang wanita apabila kehilangan orang tersayang terutamanya suami yang paling dicintai. Ini merupakan perasaan yang paling memeritkan bagi semua orang kerana bukan senang untuk menerima hakikat tentang pemergian insan yang rapat dalam hidup kita.

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila suami meninggal dunia semasa hari untuk membawa si isteri melakukan ujian kehamilan anak ketiga. Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Aliaa Amirah di akaun Facebooknya.

Arwah syak saya pregnant

Few days ago, I got a pregnant lady. Late booking and unsure of date. Pregnant anak ke 3. Kenapa awak buka buku pink lambat? Awak tak tahu ke awak pregnant? Ye doktor. Period saya tidak menentu. Saya pun tak ada alahan loya muntah. Masa pregnant anak-anak sebelum ni, saya alahan teruk. Tapi pregnant yang kali ni, tak ada alahan langsung. Sebab itu saya tak rasa macam saya pregnant. Arwah suami yang syak saya pregnant. Dia kata nampak saya macam lain dari biasa.

Hah? Arwah? My brain was thinking. How can she pregnant if she said arwah husband. Ye doktor. Arwah suami. Baru meninggal 13 hari lepas. Accident. Aku terdiam. Arwah syak saya pregnant. Dia kata tunggu dapat guit gaji, pastu nak bawak saya scan kat klinik swasta. Oo, awak dah scan kat klinik swasta la ni?

Tak sempat scan pun


Tak sempat nak scan pun doktor. Masa hari kejadian tu, arwah dapat gaji kol 3 petang. Arwah tak sabar balik dari kerja sebab dia plan nak bawak saya scan kat klinik swasta malam tu. Otw balik dari kerja, arwah excident kol 6 petang. Meninggal dekat tempat kejadian. Jadi saya tak sempat nak pergi scan pun lagi. Aku terkedu. Patient bercerita tenang, tanpa setitik air mata pun gugur. Anak-anak macam mana? Faham ke ayah dah tak ada? Yang sulung umur 4 tahun. Setiap hari kol 5.30 petang, mesti dia akan tunggu kat pintu. Tunggu ayah dia balik kerja. Lama dia tunggu, tapi ayah tak balik2.

Mula-mula saya kata ayah pergi kerja jauh. Tapi lepas seminggu, saya dokleh nak tipu anak saya dah. Saya bagitahu ayah dah tak ada. Ayah pergi jauh tak balik dah. Menangis-nangis saya bagitau anak saya. Saya harap anak saya faham la. Aku menangis dalam hati. Aku scan, nampak baby dah usia 20weeks+. Dah aktif bergerak dalam rahim ibu. Mungkin baby cuba beritahu ibunya supaya jangan bersedih. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan patient aku ni. Semoga dia dapat jadi supermom untuk jaga anak2 dan kandungannya.

Sumber: Aliaa Amirah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×