Dua anggota kumpulan nasyid InTeam, Syah dan juga Hazamin berkongsi tentang keperibadian sahabat mereka iaitu Allahyarham Suhaimi Saad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suhaimi – ‘Suami Meninggal Dalam Keadaan Baik, Jadi Kenapa Nak Sedih?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Terkenang Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad – ‘Selama Ini Yang Menjaga Kalian Bukan Saya, Tapi Allah’

Perkongsian sahabat Inteam

Menerusi Buat Saja Podcast, Syah dan Hazamin berkata, mereka terkesima setiap kali mendengar suara arwah Suhaimi yang lunak.

Menurut mereka, Suhaimi merupakan penyanyi yang bijak mengawal suara ketika menyanyi.

Dulu saya selalu bergurau dengan dia, saya tanya, ‘kau ni pakai Buluh Perindu ke?’

Sebab suara dia memang sedap, lunak, lembut. Dia pun selalu bergurau pakai Buluh Perindu.

Punya sedap suara dia sampaikan kalau menyanyi, sumbangnya hanya dibuat-buat. Dia boleh menyanyi dengan melodi yang sumbang.

Sebab dia dah terlalu pandai mengawal ‘key’.

Orang baik

Dalam pada itu, Syah dan Hazamin turut menyifatkan arwah Suhaimi sebagai seorang insan yang berhati mulia dan sentiasa tegas dengan pendiriannya.

Arwah Suhaimi seorang yang lurus, sangat baik hati.

Dia berpegang teguh pada pendirian sendiri.

Kami tak pandang apa yang orang kecam dia. Pendapat-pendapat dia, itu hak peribadinya.

Imbas kembali, selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Buat Saja Podcast