![[VIDEO] Hadie Hadiahkan Ina Naim Rantai Emas, Netizen Puji – ‘Arwah Suhaimi Layan Isteri Macam Permaisuri, Anak Ikut Sama’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/hadie.jpg)
Anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Hadie menyorot perhatian apabila menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibunya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Sudah Tegur Jaga Batas, Doa Hadie Dijauhi Maksiat – ‘Takkan Saya Nak Kurung Dia Dalam Bilik?’
Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah, Jauhkan Anak Aku Dari Maksiat & Zina’ – Ina Naim
Rantai emas
Menurusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Ehmad Hadie Elfardie Mohd. Suhaimi Saad itu memuat naik video memaparkan ibunya kelihatan sebak apabila menerima hadiah itu.
Menurut Hadie, dia tidak mampu memberi hadiah lain selain seutas rantai emas.
Minta Maaf ibu (nama panggilan Ina), abang tak mampu bagi lebih. Selamat Hari Jadi syurgaku.
Perkongsian itu kemudian meraih perhatian orang ramai yang rata-rata memuji Hadie kerana meratukan ibunya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata Hadie kemungkinan mengikut jejak langkah Allahyarham Suhaimi yang sering memanjakan Ina.
Komen netizen
Sumber: TikTok