Penyanyi As’ad Motawh berkongsi kisah suka duka dari sebelum bergelar anak seni sehingga memiliki perniagaan sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayang Kereta McLaren, Netizen Puji ‘Aura’ As’ad Motawh – ‘Dulu Dikecam Sekarang Dah Berjaya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] As’ad Motawh Dedah Pernah Makan Sisa Makanan Orang & Tak Mampu Beli Deodoran – ‘Saya Guna Sabun Cuci Tangan Letak Di Ketiak’
Ketika remaja
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Asad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh mendedahkan pengalaman buruk yang dialaminya ketika remaja.
Semasa sekolah menengah saya tak ada kawan, diketawakan, kena tumbuk sekali dua. Cikgu kata saya akan gagal dan tak ada masa depan walau apa pun yang saya lakukan.
Ibu bapa saya bercerai dan saya dibesarkan oleh ibu tunggal sebelum dia berkahwin sekali lagi.
Keluarga di Libya meninggal selepas dibom.
Bercerita lanjut, penyanyi berusia 23 tahun itu ternyata mempunyai perjalanan hidup yang sukar ketika dia mula berhasrat untuk menceburi bidang seni.
Saya berjumpa dengan seorang penyanyi di rumah terbuka rakan saya. Saya bertanya kepadanya bagaimana untuk mula (ceburi bidang muzik)?
Dia kata, ‘siapa kau? Kau bukan kawan aku dan kau takkan jadi seperti aku. ‘Saya rasa terhina, semua orang ketawa. Saya cepat-cepat tinggalkan rumah kawan saya itu.
Bagaimanapun, segalanya berubah apabila As’ad akhirnya berjaya bergelar penyanyi.
Setahun selepas itu, lagu pertama saya ‘Senyum’ telah mendapat 20 juta tontonan. Saya buat banyak persembahan di sekitar Asia Tenggara.
Gaji saya yang pertama, saya dermakan semuanya. Saya juga menang anugerah dalam industri muzik.
Meskipun bakatnya mendapat perhatian ramai, namun dia tetap menerima kritikan sehingga merancang untuk menamatkan kariernya sebagai penyanyi.
Dalam pada itu, As’ad turut berkongsi tentang jatuh bangunnya di dalam bisnes sehingga berhasil memperoleh dua buah kereta mewah selain bersyukur kerana dapat membawa keluarganya mengerjakan umrah.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap As’ad kerana tidak menyangka bahawa dia mengalami perjalanan hidup yang perit.
Dalam masa yang sama, warganet mula menyedari mengapa As’ad berpendapat bahawa sekolah tidak penting selepas mengetahui dia pernah dibuli.
Sekolah telah memberi trauma kepadanya, sekarang saya faham sebelum ini dia berkata, ‘sekolah tak penting.’
Sekarang baru faham apa maksud ‘sekolah tak penting.’ Ini dari sudut pandangan dia, apa yang dia alami.
Dia banyak pengalaman buruk ketika sekolah, itu adalah sebab mengapa dia cakap macam tu.
Terdahulu, pendapat As’ad tentang menghadiri ke sesi persekolahan hanyalah membuang masa telah dikecam berikutan dia tidak melihat pekerjaan yang dilakukan sekarang ini selari dengan apa yang dipelajari di sekolah.
As’ad berkata, sistem persekolahan sebenarnya boleh diubah. Bagaimanapun, dia tidak pernah mengajak orang lain untuk berhenti sekolah.
Sumber: TikTok As’ad Motawh