berita

[VIDEO] As’ad Motawh Dedah Pernah Makan Sisa Makanan Orang & Tak Mampu Beli Deodoran – ‘Saya Guna Sabun Cuci Tangan Letak Di Ketiak’ 

November 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

as'ad motawh

Penyanyi dan pempengaruh, As’ad Motawh berkongsi momen yang tidak pernah dilupakannya ketika mula menapak di dalam industri seni.

Artikel Berkaitan: Umur Baru 21, Asad Motawh Dah Ada Dua Buah Banglo, Suite Peribadi & Kereta Mewah

Artikel Berkaitan: Giliran Asad Motawh Belanja ‘6 Pack’ Berketul-Ketul, Peminat Wanita Cakap ‘My Dream Man’

As’ad pernah rasa susah

as'ad motawh

Menerusi sebuah podcast, As’ad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh berkata hanya berbekalkan RM5, dia terpaksa berjalan kaki selama dua jam untuk menghadiri ke sebuah acara fesyen di ibu kota.

Saya dijemput ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan cuma ada RM5 di dalam poket. Sehari sebelum saya sudah berfikir, ‘bagaimana saya nak ke sana?’.

Saya tinggal di Desa Pandan, jadi saya pun berjalan dari Desa Pandan ke Pavillion yang mengambil masa dua jam.

Penyanyi berusia 22 tahun itu juga menggunakan sabun pencuci tangan di tandas berdekatan akibat tidak mempunyai wang untuk membeli deadoran.

Dia menggunakan sabun untuk menghilangkan bau badan setelah bermandi peluh semasa berjalan kaki sebelum tiba di acara tersebut.

Saya pakai comel-comel, nampak gaya macam pempengaruh dan saya sampai awal sejam sebab saya tak mampu beli deodoran.

Jadi saya pergi ke tandas, saya duduk sambil keringkan peluh kemudian saya guna sabun cuci tangan dan saya letakkan di ketiak saya supaya tidak busuk.

Bercerita lanjut, seusai sahaja acara tersebut tamat, As’ad dan beberapa orang rakannya ke sebuah restoran namun dia tidak menjamah makanan yang dipesan kerana bimbang tidak mampu untuk membayarnya.

Bagaimanapun, dalam keadaan lapar pelantun lagu Senyum itu sanggup makan sisa makanan tersebut setelah rakan-rakannya beredar.

Saya cakap saya dah kenyang, tapi sebenarnya saya sangat lapar. Mereka ada ajak saya makan tetapi saya hanya berborak sahaja kerana tak cukup duit.

Selepas mereka pulang, makanan yang tak habis tadi saya makan sisa mereka.

Sebelum pulang ke rumah, As’ad menggunakan RM5 untuk makan di restoran mamak berdekatan serta baki wangnya digunakan untuk tambang bas.

@hqalhdin

Setiap orang ada cerita jatuh bangun. Share cerita masa anda susah dulu. #PodcasThinker

? original sound – Ye, Saya Dulu Host Troll Tu – Ye, Saya Dulu Host Troll Tu

Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×