berita

‘Asal Kamu Dari Rahim Yang Sama’ – Walaupun Anak Berbeza Agama, Kasih Sayang Ibu Ini Tetap Utuh

January 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja ‘mualaf’ pasti rata-rata dalam kalangan kita pernah mendengar kisah mereka yang dibuang keluarga. Namun, bukan semua ‘mualaf” ini dibuang dari keluarga kerana berpegang dengan agama yang lain. Masih ada juga ibu bapa yang akur dan menerima anak mereka walaupun mereka tahu pengakhiran hidup nanti tidak akan sama.

Menerusi Facebook Anty Kilin, wanita ini berkongsi kisah mengenai perbezaan agama yang dianut oleh kedua-dua orang anak perempuannya. Lebih menyedihkan, luahan wanita ini sangat memberi inspirasi buat ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan situasi sebegitu.

Kasih sayang seorang ibu tak berubah

Sumandak saya yang saya sayang. Mungkin kamu terpisah oleh dua Agama yg berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting Kasih Sayang seorang Ibu ini tidak akan berubah walau macam mana pun.

Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari Rahim yg sama, susu gantung yg sama.. keluar dari tempat yg sama, pindik kata Ibulah SYURGA pertama kamu dan jangan sesakali saling bermusuh atau mengasiburuk antara satu sama lain. Hormati dia sebagai kaka dan dia akan menghormati kau sebagai adik.

Menerusi satu posting di Facebook, Anty Kilin memberitahu bahawa sebagai seorang ibu yang melahirkan dua orang puteri itu, dia akan sentiasa memberi restu dan menyokong keputusan yang dibuat oleh anak-anaknya untuk memeluk agama lain. Walaupun mereka menganut agama yang berlainan, kasih sayang untuk mereka tidak akan pernah berubah.

Memberikan restu dan doa

Restu dan Doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu mcmana. Anak Sulung. Saat dia memilih untuk Memeluk Agama Islam, Sy telah memberikan restu seikhlasnya dan meminta bakal suaminya untuk menjadikannya sebaik baiknya wanita Muslimah.

Anak Kedua. Mami., sy mahu masuk sekolah Al-Kitab. Saya mahu memberikan tumpuan pada Gereja, supaya sy boleh mendoakan semua orang. Apa lagi yg sy boleh katakan selain daripada memberikan restu kepada apa yang diurang sudah pilih. Anak anak saya terbaik, walaupun saya bukanlah ibu yang terbaik.

Anty Kilin ini memberitahu bahawa anak sulungnya itu telah memilih untuk memeluk agama islam, manakala anak keduanya pula memutuskan untuk memasuki sekolah Al-Kitab, yang lebih menumpukan pada pembelajaran di gereja.

You are the best mom

Sumber: Anty Kilin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.