berita

Rizky Febian & Mahalini Bertunang, Dapat Restu Keluarga

May 9th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas setahun menyulam cinta, akhirnya pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini mengikat tali pertunangan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Dalam Masa Terdekat? Biar Jadi Rahsia Saya & Mahalini’ – Rizky Febian

Kerana ibadah

Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram @rfasmusic. Menerusi laporan media Indonesia, Rizky menyatakan niatnya untuk berkahwin adalah kerana ibadah.

Meskipun masih banyak kekurangan, penyanyi berumur 25 tahun itu berharap agar dapat memperbaiki bersama Mahalini.

Hari ini sangat istimewa buat saya. Ketika ini, saya tidak sendiri. Saya bersama keluarga besar dan begitu juga Mahalini bersama keluarga besarnya.

Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi seorang dengan peribadi lebih baik dan mempunyai tujuan tulus.

Mungkin saya tidak sempurna masih banyak kekurangan dalam diri saya. Tapi izinkan saya memperbaikinya bersama-sama Mahalini.

Dalam hantaran tersebut, Rizky dilihat melutut lalu menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Mahalini. Pasangan ini segak dan anggun menggayakan busana batik Indonesia berwarna hijau.

Pemilik nama Rizky Febian Adriansyah Sutrisna dan Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja turut berkongsi momen bahagia itu di akaun media sosial masing-masing.

Sekadar info, Rizky difahamkan mula bercinta dengan Mahalini pada 7 Februari lalu. Perbezaan agama tidak menjadi penghalang apabila kedua-dua keluarga merestui.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×