Penyanyi Indonesia, Ashanty mendedahkan bahawa dia pernah meminta suaminya, Anang Hermansyah untuk menceraikannya ketika awal perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Kamera, Kasut & 14 Beg Tangan Jenama Mewah Milik Ashanty Lesap Dalam Rumah
Minta cerai depan anak-anak
Memetik laporan Kompas, Ashanty atau nama sebenarnya Ashanty Siddik Hasnoputro, 39 , memaklumkan bahawa permintaan cerai itu dibuatnya selepas mereka bergaduh besar pada ketika itu.
Bukan itu sahaja, permintaannya itu turut didengari kedua anak tirinya iaitu Aurel dan Azriel.
Saya kemudiannya telefon peguam dan beritahu mahu berpisah di hadapan Aurel dan Azriel.
Mujur pada waktu itu tidak ada media sosial kalau tidak, pastinya cerita ini heboh diperkatakan orang ramai.
Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Tak Hilang Karena Cinta’ itu memaklumkan bahawa dia sangat menyesali perbuatannya itu dan rasa berdosa setiap kali mengingati perkara tersebut.
Sehingga ke hari ini, saya rasa berdosa dan merasakan pastinya anak-anak akan terluka buat kali kedua sekiranya perpisahan itu terjadi.
Saya kemudiannya lihat wajah mereka yang menangis dan berkata ‘ibu jangan begitu’.
Susulan itu, Ashanty berkata dia dan suaminya tidak lagi bergaduh sehebat itu demi menjaga rumah tangga mereka.
Sekadar info, Anang pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Kris Dayanti pada 1996 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aurel dan Azriel.
Sehinggalah pada tahun 2012, Ashanty dan Anang berkahwin dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arsy Hermansyah dan Arsya Hermansyah.
Sumber: Kompas