berita

Ashley Olsen Umum Lahir Anak Pertama

August 15th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Ashley Osley

Pasangan selebriti terkenal Hollywood, Ashley Olsen dan Louis Eisner mengumumkan kelahiran anak pertama mereka, baru-baru ini.

Artikel Penuh: ‘Baby Boy’ Kedua Farah Nabilah Nama Yusuf Gibran

Anak pertama Ashley Olsen

Menerusi laporan TMZ,  Ashley, 37 dan suaminya Louis Eisner, 34 menyambut kelahiran anak lelaki pertama mereka di New York, Amerika Syarikat.

Difahamkan, bayi yang diberi nama Otto itu sudah dilahirkan beberapa bulan lalu, namun baru diumumkan kepada khalayak ramai kerana mahu menjaga privasi.

Walau bagaimanapun, tarikh dan lokasi aktres itu melahirkan masih tidak diketahui. Pasangan itu juga dikatakan begitu menjaga kehidupan peribadi mereka dan tidak aktif dalam media sosial.

Sekadar info, Ashley Olsen telah mendirikan rumah tangga bersama Louis Eisner pada 28 Disember 2022 di Bel Air, Los Angeles dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Sumber: TMZ

SKIP THIS AD ×