Pelakon Farah Nabilah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Hana Terharu Da’i Syed Jadi ‘Confinement’ Suami – ‘Dia Mandikan Kita Dengan Air Herba’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Pertahan Remy Ishak Tidur Kepenatan Selepas Isteri Bersalin – ‘Suami Pun Manusia Biasa Juga’
Ucapan syukur
Menerusi hantaran Instagram, Farah Nabilah, 31, memuat naik beberapa hantaran bersama anak kedua serta suami tercinta, Mohammed Amirul Yunus dan Andre Omar.
Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin turut mengumumkan nama ‘baby boy’ kedua iaitu Yusuf Gibran Mohamed Amirul.
Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA.
Untuk rekod, Farah Nabilah dan suaminya Muhammed Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 20 Desember 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Andre Omar yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Farah Nabilah