
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ashraf Anuar mendedahkan dia tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan harga sepanjang sembilan tahun membina empayar perniagaan.
Artikel Berkaitan: Ashraf Anuar Anggap Tak Salah Buat Konten Sedekah Demi ‘View’ – ‘Selagi Bawa Manfaat, Patut Sokong’
Mampu ke tidak?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ashraf dilihat mempamerkan koleksi barangan hasil kolaborasinya bersama sebuah jenama terkenal.
Bagaimanapun, terdapat komen daripada seorang individu yang melabel harga barangannya terlalu tinggi.
Tidak berdiam diri, Ashraf tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah menerima komen daripada pelanggan yang menganggap harga barangannya terlalu mahal.
Dalam pada itu, Ashraf mempersoalkan kemungkinan individu terbabit belum mempunyai kestabilan kewangan untuk mendapatkan barangannya yang dijual pada harga pasaran.
Sembilan tahun dalam industri dan kebanyakannya elok saja beli tanpa merungut tentang harga.
Jadi dekat sini bukan soal cekik darah tapi kebenaran yang berat adakah awak yang tak mampu.
Suatu hari, okey?
Sumber: TikTok @ashraffanuar







