Ashraf Muslim

Pelakon, Ashraf Muslim selamat menimang cahaya mata kelima yang dilahirkan pada 10 Mei lalu, jam 2.57 pagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jadikan Media Sosial Sebagai Platform Selesaikan Masalah’ – Ashraf Muslim

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ashraf Muslim Akui Tiada Masalah Buat Keputusan Raya Bersama Dua Isteri – ‘Ikut Giliran, Raya Kan Sebulan’

Anak kelima

Ashraf Muslim

Bersyukur atas rezeki Ilahi, Ashraf menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi nama heronya iaitu Ali Ashraf.

Pun begitu, aktor berusia 44 tahun itu tidak memberitahu sama ada zuriat tersebut milik isteri pertama atau isteri keduanya.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Keluarga AM (Ashraf Muslim) makin bertambah ahlinya. Selamat datang ke dunia, wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf.

Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi. Hadirnya membawa sejuta syukur, selaut harapan.

Dalam pada itu, Ashraf turut menitipkan doa kepada anaknya supaya membesar menjadi insan yang soleh dan memiliki akhlak terpuji.

Wahai Ali, semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga serta membesar dengan iman, akhlak yang terpuji dan keberanian.

Untuk rekod, Ashraf melangsungkan perkahwinan dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Makkah. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia 10 tahun.

Ashraf kemudiannya berkahwin kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Thailand.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 11, Adam Ashraf, 10 dan Safiyyah Ashraf, 7 tahun.

Sumber: Instagram