![[VIDEO] Ashraf Muslim Akui Tiada Masalah Buat Keputusan Raya Bersama Dua Isteri – ‘Ikut Giliran, Raya Kan Sebulan’](https://media.ohbulan.com/2025/03/ashraf-raya-dua.jpg)

Selepas bertahun melayari kehidupan berpoligami, pelakon Ashraf Muslim mengakui tidak mempunyai masalah untuk membuat keputusan berkaitan hari perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Keputusan Poligami Perlu Harmoni, Jangan Lakukan Dengan Cara Tidak Baik’ – Ashraf Muslim
Artikel Berkaitan: Isteri-Isteri Buat Kejutan Birthday, Ashraf Muslim Titip Pesanan – ‘Jaga Anak-Anak Dengan Baik Kalau Ayah Pergi Dulu’
Kena mesyuarat

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim berkata apabila melibatkan perayaan penting, kedua-dua isterinya akan melakukan perbincangan sebelum menyerahkannya untuk membuat keputusan.
(Kami) bermesyuarat dan berbincang. Mereka (para isteri) yang selalu berbincang, saya okay sahaja.
Kita kan suami, jadi kita buat keputusan. Mereka bincang dan bagi idea kemudian keputusan saya yang buat.
Bagi saya tiada masalah dengan perkara ini sebab saya dah berbelas tahun melalui jadi saya okay tetapi yang penting ziarah dan menyantuni keluarga antara satu sama lain.
Tak pernah bergaduh

Bercerita lanjut, pelakon drama Seribu Tahun itu berkata keluarga besarnya tidak pernah mengalami salah faham kerana masing-masing telah memahami dengan sendiri.
Sebab kita bincang sama-sama dan perbincangan itu pun buat lebih awal bukan masa dah nak dekat raya baru buat keputusan.
Ikut giliran sebab raya kan lama, bukan satu atau dua hari, raya sebulan. Bagi saya, saya beraya dua minggu jadi pada waktu itu saya kena bahagi masa baik-baik.
Mana yang pertama, kedua sebab saya dan para isteri masing-masing ada keluarga (besar) jadi kena balance.








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)