berita

ASK 2012: Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012

November 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sebentar tadi telah berlangsungnya Anugerah Skrin (ASK) ke-14 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Secara umumnya anugerah penuh berpestij ini telah mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman, serta 2 Anugerah Khas iaitu ‘Anugerah Yasmin Ahmad’ dan ‘Anugerah Artis Harapan Pentene.’

Sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam industri filem tempatan, pihak ASK sekali lagi menyampaikan anugerah khas juri yang dikenali sebagai ‘Anugerah Yasmin Ahmad.’ Antara selebriti yang pernah merangkul anugerah ini adalah Jaclyn Victor, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.

Pada dasarnya, setiap individu yang tercalon pasti mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tesendiri. Oleh itu, mari ikuti senarai penuh pemenang untuk ASK 2012 selepas ini :

Lakon Layar Terbaik Filem

Dain Iskandar Said – filem Bunohan

Lakon TV Terbaik

Drama TV3 –  Di Telapak Kaki Bonda

Videografi Terbaik

Aku Mahu Terbang, TV3 – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd

Laporan Khas/Berita Terbaik

Berita TV9 – Bom Jangka

Drama Komedi Terbaik

Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd

Rancangan Realiti Terbaik

Jemputan Umrah (ep. 1)

Anugerah Artis Harapan Pantene

Putri Balqis – Pelarian

Rancangan Bual Bicara Terbaik

BELLA : Labour Day Special

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Namron – Parit Jawa

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

Sherry Merlis – Di Telapak Kaki Bonda

Rancangan Hiburan Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Lisa Surihani – Ombak Rindu

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

Syafie Naswip – Songlap

Pelakon Wanita Terbaik Filem

Maya Karin – Ombak Rindu

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

Shaheizy Sam – Songlap

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik

Dunia Tersembunyi – Rambu Solok

Rancangan Muzikal Terbaik

Anugerah Juara Lagu 26

Pelakon Wanita Terbaik Drama

Ruminah Sidek – Parit Jawa

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Abu Bakar Omar – Gincu Ayah

Pengarah Terbaik Filem

Fariza Azlina/Effendee Mazlan – Songlap

Pengarah Terbaik Drama

Kabir Bhatia – Di Telapak Kaki Bonda

Anugerah Yasmin Ahmad

Pierre Andre

Drama Rantaian Terbaik

Jangan Ambil Padang Kami

Filem Terbaik

Bunohan – Apparat Sdn Bhd

Drama Terbaik

Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd

SKIP THIS AD ×