Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam memohon doa kepada Allah agar dirinya dijauhi sifat munafik dan riyak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Bengang Diprovokasi – ‘Saya Tidak Faham, Saya Bagi Makan & Tempat Tinggal Cukup’

‘Sucikanlah hatiku’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Aslam turut berdoa supaya lidah dan matanya terpelihara daripada sebarang hal-hal negatif.

Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik, amalanku daripada riyak, lidahku daripada dusta dan mataku daripada khianat.

Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada.

Menerusi perkongsian sama, menantu kepada Abby Abadi itu turut memuat naik video tazkirah seorang pakar motivasi yang mengulas tentang manusia perlu reda dengan setiap ujian diberikan Allah.

Belajarlah menikmati senario hidup yang Allah berikan, belajar reda, belajar menerima dan jangan iri dengan rezeki orang lain kerana kita tidak tahu apa yang Allah sudah ambil daripadanya.

Jangan pernah gelisah dengan keadaan kita saat ini kerana kita tidak pernah tahu apa yang sedang Allah persiapkan untuk kita pada masa akan datang. Ramai rasa gelisah kerana dia tidak pernah rasa cukup dengan pemberian Allah.

Sumber: Instagram