Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam berang apabila netizen membuat provokasi serta menyebarkan spekulasi tidak benar tentang dirinya dan kedua-dua isterinya.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Kongsi ‘Quote’ – ‘Usaha Jadi Perempuan Ceria, Hidup Penuh Syukur & Tidak Berdendam’

Artikel Berkaitan: ‘Isteri Sudah Cantik Pun Ada Juga Suami Cari Lain’ – Umisya Mazlan Seloroh Dengan Aslam

‘Kasihan’

Baru-baru ini, Aslam yang menemani isterinya, Umisya Mazlan menjual tudung menerusi siaran langsung berterusan menerima kecaman daripada netizen.

Netizen menimbulkan provokasi dengan meluahkan rasa simpati terhadap kehidupan isteri keduanya, Marissa Dania.

Kasihan apa ni? Saya tidak faham. Saya bagi makan dan tempat tinggal cukup.

Awak kasihan dekat sayalah. Kasihan bermadu (baca komen).

Bagaimanapun, Umisya menegaskan netizen sepatutnya menyatakan rasa simpati kepada orang yang tepat.

Awak (netizen) cuba kasihan dekat orang yang tepat. Kalau nak kasihankan orang berpada-pada.

Tengok dengan keadaan. Jangan kasihan dekat orang yang tidak patut.

Jadi awak nak kasihan yang mana satu ni? Sebab dua-dua bermadu.

Sumber: TikTok