berita

‘Assalamualaikum Isteriku, Terima Kasih Sudi Menjadi Isteri & Ibu Kepada Anak-Anakku’ – Shuib

June 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib meluahkan kata-kata manis buat isteri tercinta, Watie.

‘Assalamualaikum isteriku’

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram semalam, Shuib berharap agar Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.

Assalamualaikum isteriku. Semoga menjadi isteri yang baik, isteri yang solehah. Isteri yang menjadi ibu yang baik buat Uwais, Talita, Matin dan Ayash. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusanmu sayang.

Terima kasih sudi menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakku. Terasa indah dan hebatnya aturan Allah SWT.

Bahagia duka, itulah tanda kasihnya Allah SWT pada kita. Sesungguhnya Allah Maha hebat. Semoga keluarga kita ini dirahmati di dunia dan akhirat.

Dalam kesempatan itu, Shuib meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Sebagai info, Shuib sah bergelar suami kepada Watie dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam pada 23 Jun lalu.

Sumber: Shuib

SKIP THIS AD ×