Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang tampil bersuara selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.
Artikel Berkaitan: McLaren Didakwa Bukan Milik Opai, Nombor Plat Daftar Atas Nama Orang Lain?
JPJ tak panggil
Menerusi Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkata dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada JPJ. Jelas Opai, dia tidak menggunakan nombor plat ‘QPA1’ itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.
JPJ tak ada panggil pun. Tak ada surat sampai. JPJ tak ada pun call (hubungi). Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan, ini penjelasan saya.
Biasalah orang kahwin pakai nombor plat fancy, nombor plat cantik letak nama sendiri. Kahwin pun hampir setengah tahun dah. Dah lama viral.
Jadi jangan la kata konon JPJ panggil. Atas jalan raya tak pakai pun nombor plat itu.
Dalam pada itu, Opai memohon agar netizen berhenti mengaitkan namanya lagi semata-mata mahu tumpang populariti.
Sudah-sudahlah. Orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai.
Orang nak pakai nama saya sebab senang nak fyp. Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum.
Semalam, JPJ mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.
Sebelum ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan tersebut milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ianya berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.
Terdahulu, Aliff Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Opai dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.
Opai kemudian membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.
Sumber: Instagram