Penyanyi Athalia Deena berkongsi tentang pengalaman buruk yang dialami adiknya, Ariana Deena, ketika masih bergelar pelajar di sebuah sekolah.

Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Gembira Anak Dapat 8A, Keputusan Tukar Sekolah Dalam Masa Tiga Hari Tindakan Betul – ‘Dia Diejek Oleh Guru Sebab Aktif’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia’ – Sharifah Zarina Enggan Dedah Identiti Suami Orang Ganggu Athalia

Tindakan guru

Ketika ditemui OhBulan!, Athalia atau nama lengkapnya Athalia Deena Buswani, 23, menyifatkan Areena sebagai seorang pelajar yang komited terhadap pelajaran, namun berlaku perubahan pada dirinya sehingga kerap mengalami serangan panik.

Adik perempuan saya itu kalau bahagian akadamik memang dialah orangnya dalam keluarga kami.

Tapi bila dekat sekolah, dia tak dapat fokus dan berubah menjadi seorang yang tiba-tiba ada anxiety bila balik dari sekolah.

Kadang-kadang dia tidak mahu ke sekolah.

Bercerita lanjut, Athalia mendedahkan tentang tindakan melampau seorang guru yang didakwa melanggar batas profesional apabila memantau kehidupan peribadi keluarganya di media sosial dan menjadikan sebagai bahan sindiran di dalam kelas.

Menurut Athalia, situasi itu memberi kesan emosi yang mendalam kepada Ariana sehingga ibunya, Sharifah Zarina terpaksa mengambil keputusan untuk memindahkan adik-adiknya ke sekolah yang lain.

Pernah sampai tahap yang melampau, adik saya tak pergi ke sekolah tapi cikgu itu akan stalk Instagram kami dan mama. Esoknya di sekolah dia akan perli adik saya depan kelas.

Sangat toksik, jadi mama ambil keputusan untuk cari sekolah lain dan pindahkan kedua-dua adik saya.

Bila sudah pindah ke sekolah yang baharu, terus okay, malah dia nampak lebih baik di situ. Akademik makin baik, dia pun sudah tak ada anxiety dan gembira.

Athalia berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP anjuran Indigitals di LMP Events Hall, Damansara, pada Khamis.

Pengalaman Athalia

Sementara itu, bekas peserta program Talk To My Manager ini mengakui dia juga pernah mengalami tekanan ketika di sekolah, malah lebih parah lagi apabila dia mendapat ugutan bunuh daripada rakan baik.

Sebenarnya semasa saya kecil pun alami perkara ini. Saya pernah kena buli sampai mama terpaksa pergi ke sekolah sebab saya dapat surat ada orang nak bunuh saya.

Rupa-rupanya kawan baik sendiri yang tulis surat itu.

Bagaimanapun, Athalia tidak menolak bahawa insiden yang menimpa adiknya berkemungkinan terjadi kerana populariti dirinya dan ibu.

Tapi mungkin untuk adik-adik Athalia, perkara ini memberi tekanan apabila ada kakak dan ibu yang dikenali ramai.

Saya cakap pada mereka, yang dengki tu biarkan sahaja, apa yang kita boleh buat. Tapi jangan pula rasa berlagak bila ada kakak dan ibu dalam industri ini.

Terdahulu, Sharifah Zarina meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan meraih 8A.

Dalam pada itu, Ariana juga berkongsi pengalaman pahit ketika di bangku sekolah apabila dia dipandang rendah oleh seorang guru.