
Penyanyi, Athalia Buswani mendedahkan mengalami tekanan emosi selepas berdepan dengan kritikan yang berterusan sejak program realiti, Talk To My Manager bersiaran dua minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Athalia Dedah Dah Lama Berkawan Dengan Elliot James Reay – ‘Dia Selalu Lepak Dengan Keluarga Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Dapat Bunga Daripada BF Anak Perempuan, Athalia ‘Sound’ Teman Lelaki – ‘Kenapa Awak Bagi Mak Saya?’
Sedih

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Athalia Deena Buswani, 22, berkata dia tidak mengharapkan simpati sebaliknya hanya mahu usahanya dihargai.
Katanya, dia sudah berusaha untuk melakukan penambahbaikan dari segi nyanyiannya namun tiada sebarang pujian yang diberikan.
Bukan saya nak merayu simpati atau apa pun.
Saya tahu saya tidak layak untuk menyanyi atas pentas pertandingan dan perkara itu pun sudah dikatakan oleh ibu (Sharifah Zarina) saya sendiri di rancangan televisyen.
Saya sudah cuba tingkatkan prestasi saya sejak minggu pertama lagi tapi tiada langsung penghargaan atau pujian.
Malah katanya, situasi tersebut membuatkan dia mula mempertikaikan nilai dirinya sendiri.
Perkara ni buat saya mula persoalkan nilai diri saya dan secara mental memang sangat membebankan.
Industri ini memang tidak adil langsung.
Sumber: Threads








