Perbuatan berkongsi foto anak kepada selebriti sensasi, Neelofa tanpa keizinan kedua orang tua telah mencetus kontroversi hangat di media sosial, sejak Isnin lalu.
Tidak berakhir di situ apabila ada yang tergamak menyunting foto Muhammad Bilal sehinggakan menjadi bahan ejekan.
Artikel Berkaitan: Tarikh 22.01.22 Jadi Pilihan, Athisha Khan Sah Bergelar Isteri Dengan Mas Kahwin RM1,000
Artikel Berkaitan: Neelofa Jaga Maruah Suami, Enggan Tampil Berdua Dengan Selebriti Lelaki Di Program TV
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Tak hormat langsung
Tindakan itu menarik perhatian adik kepada Neelofa iaitu Athisha Khan untuk bersuara menerusi laman Twitter miliknya.
Kata Athisha, 24, kakaknya itu hanya meminta satu perihal yang ingin dijaga rapi iaitu mengenai Bilal.
Dia (Neelofa) mahu satu perkara dijaga privasi. Cuma satu perkara (mengenai Bilal). Kurang rasa hormat langsung tidak mengejutkan saya lagi.
Pasangan luar biasa
Dalam pada itu, personaliti media sosial ini juga menyifatkan Neelofa dan suami, Haris Ismail adalah individu luar biasa.
Awak berdua luar biasa. Saya akan sayang awak (Bilal) selamanya sayang. Keluarga sangat menyayangi awak.
Selepas tular foto Bilal yang dirakam secara curi-curi, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi foto penuh Bilal di Instagram, pada malam Rabu.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Sumber: Twitter @ashishakhan