Usahawan dan selebriti sensasi, Neelofa mengakui lebih selesa bekerjasama dengan selebriti wanita sahaja di program televisyen selepas bergelar isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Kehendak diri sendiri
Menurut Neelofa, permintaan itu datang daripada diri sendiri bukanlah syarat yang diletakkan oleh suami, Haris Ismail yang juga merupakan pendakwah bebas.
Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia ingin menjaga maruah dan nama baik suami.
Secara logiknya apabila di depan TV penonton hanya nampak saya (berada) di sebelah seorang lelaki.
Tidak manis dan tidak sesuai, kiranya tak eloklah untuk sesiapa saja yang berstatuskan isteri. Ini semua adalah kehendak saya sendiri.
Apa yang saya lakukan sekarang lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri selain mengutamakan maruah suami.
Tidak perlu pun jadikan ia sebagai syarat. Mana-mana wanita bergelar isteri pun akan berfikir perkara sama.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di sidang media program Next To Neelofa 2 yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, pada Selasa.
Next To Neelofa musim kedua menampilkan Datin Noor Kartini, Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Tya Ariffin, Ziana Zain dan Ustazah Oki yang akan bermula pada 22 Oktober ini.
Kena ada tetamu lain
Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor masih boleh bekerja sekali dengan selebriti lelaki sekiranya ada tetamu undangan yang lain.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Bilal menyatakan dia langsung tidak memikirkan komen daripada netizen.
Kalau ada tetamu lelaki, mungkin bukan kami berdua (tetapi) ditemani beberapa orang lagi. Itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan.
Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.
Hakikatnya dengan tenang hati saya lakukan perkara sebegini sebab bagi saya itu benda yang baik.
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Foto: Azrul Rafie